Monday, August 25, 2008

Sebagai renungan bersama..

"bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tak tahu, deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..."

"Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkanNya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberi petunjuk kepadanya." (18:17)

Sunday, August 10, 2008

Satu Penerbangan ke Destinasi Abadi

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara
Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith,
Di mana penerbangan bukannya melalui MAS, Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah,
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian & RAHMAT Pencipta kita,
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton,
Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana,
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam yang kita sayangi,
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'La ilaha illAllah, Muhammad Rasulullah',
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail yang tekun mengerjakan tugas.
Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonmi, sekadar kain yang diwangikan,
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan,
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6x7 kaki dalam gelap yang buta,
Di mana pegawai imigresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan,
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan untuk menyekat pemergian,
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh,
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam,
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..
Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang
Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan kerna pada waktu ini juga telah hilangnya selera anda utk segala yg ada di dunia,
Tidak perlui memikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,
anda telah hilang selera bersuka-ria,
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya..
Ooh ya~ Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibumu,

Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguh (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya..Dan Allah Maha MEngetahui apa yang kamu kerjakan"(al Munaafiqun 63 :11)


Moga Allah pelihara..

*tazkirah dr Kak Kery..peringatan utk diriku dan jua dirimu..

Friday, August 8, 2008

Bairnsdale in memories (rural placement)



On the train- 3hours journey

East Gippsland Clinical School

Cantik kn? View from our apartment.

First suturing.

Marnie's birthday


With Farah and Mai

Bairnsdale team.

Thursday, July 10, 2008

Ihtifal 2008

10 July 2008

Venue: ICV, city of Melbourne

Antara aktiviti2 yang dipertandingkan adalah
tilawah Al-Quran, syarahan nama2 Allah SWT, bercerita kisah nabi2 atau para sahabat, hafazan juzuk 29 dan 30, quiz serta nasyid.

Akhawat Clayton tmpil serta biru hrtu.. :)

Pertandingan dimulakan dengan tilawah Al-Quran dan diakhiri dengan quiz. Seronok melihat akhawat2 bersungguh2 berusaha utk menampilkan persembahan yang terbaik..

Akhawat2 Brisbane memenangi banyak kategori kali ini.. Mantap sungguh..

Ihtifal 2008 tamat lebih kurang pada jam 7 mlm.. Kmi pulang dgn penuh kesyukuran.. Alhmdulillah, ihtifal kali ini yang bertemakan 'Fastabiqul Khairat' (berlumba2 untuk melakukan kebaikan) berakhir dengan jayanya..

Sebelum balik, kami sempat bergambar dan memenuhkan perut dengan hamper buah-buahan. hehe.. And dalam perjalanan pulang ke Clayton, singgah dl ke Es Teler city utk dinner.. sedap..

Tuesday, July 8, 2008

Winter Gathering


"WE GATHER.WE UNITE"


07-08 July 2008 (07-08/07/08)

Cantik tarikh ni. :)
Alhamdulillah, event kemucak winter ni which is winter gathering terlaksana dengan jayanya, syukur.. Bertempat di Campaspe Downs, Kyneton Victoria, kami bermalam selama 1 malam.
Pengisian-pengisian yang diberikan:

Slot 1: Survival Melayu
Slot 2: Ghazwah Al Fikr (serangan pemikiran)
Slot 3: Pembinaan Pemuda
Slot 4: Ke arah mana kita menyeru manusia?


Ada juga sedikit tazkirah yang diberikan oleh akk2, mengenai 10 ciri individu muslim. Games juga tak kurang menariknya. Slot games: game ta'aruf dan titian silaturrahim. :)
Byk feedback yg ajk dpt frm games ni. Outdoor games (flying fox) terpkasa di cancel sbb cuaca yang kurang mengizinkan, n pkcik David ckp nnt slippery, takut mengundang bahaya. Tapi, alhamdulillah, para akhawat semua gembira dan berpuas hati dgn games yg dianjurkan.

Aktiviti terakhir sebelum semua akhawat pulang ke destinasi masing2, salam wida' (selamat tinggal) diadakan. Terasa sayu hati apabila bersalaman dengan semua akhawat. Insha Allah, semoga Allah mempertemukan kita sekali lagi di events yang akan datang.

Drp winter gathering ini, apa yang saya dapat ialah keluhuran ikatan ukhuwah yang tersemai sesama akhawat yang sngat kuat: saling menyayangi antara satu sama lain. Ikatan yang mengikat kita semua ialah ikatan aqidah. Dan semoga Allah SWT akan membantu kita untuk terus tunduk dan patuh pada-Nya serta istiqamah dalam melakukan amalan2 yg mendapat keredhaan dari-Nya. Insha Allah.


Ski trip

Date: 5 July 2008
Venue: Mount Buller, Victoria


Antara games yg kami main: Skiing, snow boarding, toboggan


hehe.. kami juga sempat buat snow man. Bukan senang rupanya, even nampak mcm senang. Lebh kurang 1/2 jam juga nak siapkan en snow man ni. Akhirnya, alhamdulillah, berkat usaha kami (K Jamie, K Tg, Aishah, Izzah, Fatin Hzwani, Yaz n saya), snowman kami siap juga. Kami rs puas bila ada org nak ambil gmbar dgn snow man kami. ;)


Balik dr ski trip, ramai yg sakit2 badan sbb banyak kali jatuh. Takpe, pengalaman mengajar kita utk buat lebih baik lg di ms depan. Kan?


Looking forward for another ski trip next year, Insha Allah..

Jaulah to Sydney

27-29 June 2008

Perjalanan dimulakan pada malam hari, and journey mengambil masa lebih kurang 12jam. Para
akhawat dari Clayton, city, Ireland, Perth and Sydney seramai lebih kurang 30 orang bertolak dari Clayton dengan menaiki 1 van (Sa'udah) dan 3 buah tarago (Aisya Humaira, Safiyyah dan Mariah). Nama2 van diberi mengikut nama2 isteri Rasulullah SAW. Sangat menarik apabila setiap vakil van dikehendaki menceritakan kisah yang tersurat di sebalik nama van masing2.

Di Sydney, kami semua menetap di salah sebuah kawasan masyarakat Islam (lupa namanya). Antara tempat2 yang kami lawati di Sydney ialah:


Lakemba Mosque
Opera House
Darling Harbour

Harbour bridge
Paddy's market
Sydney Uni


Jaulah ke Sydney kali ini sangat bermanfaat. Selain jalan2 melihat alam sambil merapatkan ukhuwah, pengisian serta lakonan dr akak2 sungguh menarik. Ghazwah Al-Fikr, musuh2 Islam serta realiti ummat masa kini antara pengisian yang disampaikan oleh akk2. Jazakillah akk2. :)














"Dan barang siapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik." (17:19)