Friday, July 17, 2009

Program Persiapan Bulan Ramadhan

Tarikh : 19 - 26 Rejab (Menyedarkan Hati)
Aktiviti :- Fokus minggu ini ialah untuk mengembalikan kestabilan jiwa berikutan cuti panjang dengan perkara berikut:

1. Cuba untuk mendapatkan khusyuk ketika solat.
2. Tilawah Al-Quran dan cuba mengkhatamkannya minima sekali sebelum Ramadhan.
3. Membaca atau mendengar ceramah dari kaset berkenaan Allah, Syurga dan nikmatnya, Zikrullah, Taubat dan sebagainya.
4. Berfikir tentang kejadian makhluk Allah.
5. Muhasabah diri tentang pencapaian tahun lepas.
6. Doa semoga Allah bantu kita thabat dalam melakukan keta’atan. Ini merupakan masa yang cukup baik untuk kita meninggalkan beberapa tabiat buruk seperti merokok, mengumpat, mengeluarkan kata-kata kesat dan sebagainya.

Tarikh : 27 Rejab - 3 Sya’ban (Minggu Puasa dan Quran)
Aktiviti :- Teruskan dengan aktiviti minggu lepas Minggu ini kita akan fokus pada tazkirah mengenai Ramadhan untuk memberi rangsangan dan motivasi yang berpanjangan.

1. Mula puasa Isnin dan Khamis.
2. Banyakkan membaca dan mendengar Al-Quran.
3. Cuba habiskan satu juzuk Al-Quran sehari agar dapat khatam sebelum Ramadhan.
4. Mengulangkaji hafazan Al-Quran yang telah dihafaz sebelum ini.

Tarikh : 4 - 10 Sya’ban (Minggu Fajar, Zikir dan Sedekah)
Aktiviti :- Teruskan dengan aktiviti 2 minggu lepas

1. Tunaikan solat Subuh pada waktunya dan dua raka’at sebelumnya.
2. Tunaikan zakat harta.
3. Banyakkan amalan sedekah.
4. Pelajari jenis-jenis sedekah selain harta (senyum, perkataan yang baik, menolong orang Islam….)

Tarikh : 11 - 17 Sya’ban (Minggu Qiam dan Amalan Sunat)
Aktiviti :- Teruskan dengan aktiviti 3 minggu lepas

1. Mulakan dengan Qimullail 3 kali dalam seminggu.
2. Tunaikan dua rakaat selepas Isya’ sebelum (tidur).
3. Berusaha agar dapat bangun pagi 30 minit sebelum azan Subuh, Iltizam dengan sunat Rawatib (2 rakaat sebelum Subuh, 4 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya’, Solat Dhuha antara terbit matahari hingga waktu Zohor dan Solat Witir selepas Isya’ hingga sebelum Subuh)
4. Iltizam dengan Tilawah Quran selepas Subuh hingga terbit matahari diikuti dengan 2 rakaat Dhuha. Ganjaranya menyamai ibadah haji dan umrah. Lakukan sekali seminggu sebagai permulaannya iaitu pada masa cuti.
5. Cuba atur jadual pemakanan anda agar ia benar-benar menyihatkan dan elak makan dengan kuantiti yang terlalu banyak. Ini penting bagi memastikan Ramdhan yang bakal menjelang itu nanti sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh Allah dan bukannya pesta makan!

Tarikh : 18 - 24 Sya’ban (Minggu Silaturahim dan Rakan-rakan)
Aktiviti :- Teruskan dengan aktiviti 4 minggu lepas

1. Mulakan minggu ini dengan mempertautkan ikatan silaturrahim; sama ada dengan ziarah, telefon, e-mail dan sebagainya.
2. Cuba sediakan hadiah yang bermanfaat.
3. Jadikan Ramadhan dan persediaan menyambutnya sebagai topik perbualan anda dengan semua orang.

Tarikh : 25 - 30 Sya’ban (Minggu Doa dan Taubat)
Aktiviti :- Teruskan dengan aktiviti 5 minggu lepas. Minggu ini merupakan minggu persiapan terakhir.

1. Banyakkan doa dan istighfar. Mohon agar dipertemukan dengan Ramadhan, diberi kekuatan untuk melakukan ketaatan pada bulan Ramadhan nanti dan diterima segala amalan yang kita lakukan.
2. Bertaubat sepenuhnya di atas segala keterlanjuran sebelum ini, dan mulakan lembaran baru dengan Allah.
3. Pastikan anda khatam Al-Quran pada minggu ini.
4. Menyediakan “Beg Ramadhan” atau memberi saham dalam menyediakan keperluan berbuka untuk diedarkan kepada kepada keluarga-keluarga miskin.
5. Pada malam melihat anak bulan, kumpulkan ahli keluarga untuk makan malam bersama sementara menantikan pengumuman.
6. Gembirakan anak-anak dengan mengantung perhiasan seperti belon, kain rentang dan sebagainya di rumah atau membeli lampu sebagai lambang kegembiraan menyambut ketibaan Ramadhan.

Sumber: Ukh Sumayyah (oznzjadid) :)