Wednesday, February 25, 2009

Words for my beloved family :)

Alhamdulillah, I'd arrived Melbourne safely at 0625am today (26 February 2009).
Sekarang sedang tunggu Shue coming to pick me up at the Melbourne airport. While waiting for her, there are some words for all of u at home..

To ayah;
Thank you so much. For everything. For sending me off to the Changi airport dengan Pakcik Ahmad. And thanks for giving me the best treat when I were at home, enjoying every bits of my summer break :) I'll call u selalu, iA. Ayah doakan kejayaan anak ayah di bumi asing ni ye. Now, even baru bbrp hours we were apart, I'd started to miss u.
My du'a will always be with u and our family. Semoga Allah SWT membukakan jalan yang lurus itu seluas-luasnya buat kita semua, dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari malapetaka dan penyakit-penyakit yang merbahaya. Ayah, watch yr diet tau, so that u'll stay healthy as always. Nana loves u :)

To ibu;
I felt so warmed bila dapat peluk and cium ibu puas-puas before bertolak tadi. Ibu, dah jadi tanggungjawab Nadiah jaga ibu walau macam mana pun keadaan ibu. Always remember, I love u so much, and thanks for everything. I'll miss every moment I'd spent with u; picit-picit kaki, teman bual2 and tengok tv, tumbuk2 belakang, teman pergi check.. Masa cuti ibu selalu depan mata. Sebab tu lah sangat sedih dan agak berat hati nak tinggalkan ibu. Tapi, iA nanti bulan June / July I'll be back home again :) We'll spend more time together later ok?
Take good care of yourself tau, jangan paksa diri ibu sangat ye. IA, eventhough secara zahirnya I'm not with u, my thoughts and du'a will always be with u, iA. Nadiah sentiasa doakan ibu diberi kekuatan, tenaga dan kesihatan yang terbaik. Sesungguhnya segala yang terjadi ini telah diaturkan olehNya kerana Dialah sebaik-baik perancang; Allah knows what will be the best for us.

To Huda, Fathiah, Aisyah dan Ghazi;
Jaga diri baik2. Selalu2 lah tengok2 kan each other.
Huda, Nadiah tahu Huda penat bila dah start kerja ni kan. So, we have to manage our time properly, biar seimbang semuanya. Apa pun, kesihatan kena jaga, makan minum. Tolong tengok2 kan ibu ye. Rajin2 lah balik rumah tengah hari, cheer her up. iA, I'm quite sure ibu can recover dengan all those medications and frequent reviews dgn her cardiologist; Dr Yang, but it will need more time, with all the supports from us.
Fathi, belajar rajin2, be focus and consistent. Ingat satu; selalu call rumah, tnya khabar semua tau.
Aisyah, sorry akak dah tak dapat nak pick Aisyah lagi dari depan, for the time being Aisyah jalan kaki dulu ye. Kesian Aisyah penat, tapi takpe, ingat apa yang kita buat niatkan keranaNya; jadi jalan kaki ke rumah dari medan menuntut ilmu tu pun boleh jadi pahala :)
Ghazi, Ajie pun kena belajar rajin-rajin. Jangan selalu buat ibu risau. Bawa basikal tepi2 tau. Malam2 lepas makan terus check kertas checklist dekat pintu tu, jangan terus tidur dulu. Kalau lepas balik sekolah, kumpulkan semua barang, jangan letak sepah2 nanti hilang siapa nak tolong carikan lagi, nanti kesian ibu, penat. Ajie ingat, ibu tak boleh penat2. Ajie belajar rajin2 ye, biar dpt nombor satu dalam kelas Makwa tu. Nanti bulan Jun / July Nana balik bawa hadiah :)

Lastly, to ibu and ayah, thanks alot for the sweet birthday card and gifts; eventhough my birthday belum tiba lagi. I want to say that I'm so lucky and proud to have you two by my side, always. I love u always. Take care everyone, moga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

Nadiah misses u..... :'(


8.20am; Tullamarine Airport, Melbourne Australia

Wednesday, February 18, 2009

Taklifan baru dan tanggungjawab

daripada seorg ukhti yang disayangi..:
"alhamdulillah, iA taklifan yg diterima ni akan jadi tarbiyah 'on the road' utk kita semua. byk kita akan ditarbiyah dari segala segi (amal, perasaan, commitment dgn dakwah etc) bila kita terjun dalam medan amal. ikhlaskn niat hanya keranaNya, iA u'll get the best out of it

akak doakan yg terbaik utk radin. iA we'll be beside u always"


:)

Jzkk UH :)

Sweet nye my UH.
Jazakillahu khairan katheera
thank you
from my family and I
for the du'a,
warm supports and thoughts
May Allah bless u too my sweet sister
ameen~
Uhibbuki FILLAH
*UH: ukhti habibati

Adikku sayang :)

Perbualan singkat bersama adik tersayang semalam:
Ghazi: Nana balik 20 berapa?
Me: 25, hari Rabu minggu depan
Ghazi: Eh, bukan 27? Haritu cakap 27..?
Me: Mana ada, Ajie salah dengar tu. Kenapa?
Ghazi: Takde apa2. Esok balik..esok balik tau!
Ghazi..Ghazi..
Nana tahu, Ajie tak bagi Nana balik. Ajie tnya mcm tu sbb dia baru dpt jadual ujian bulanan selaras dia smlm. Budak kecik ni ada peperiksaan on the 24th, 25th and 26th february ni, jadi dia tak dpt nak ikut ayah hntar Nana kat airport kan? Ajie sedih ke? Janganlah sedih Ajie, nanti Nana pun sedih. Nanti iA bulan June Nana balik lagi. ok..? Belajar rajin2, nanti dapat nombor satu boleh masuk kelas Firdaus:)
Sebelum tidur, budak kecik ni sempat cakap:
Ghazi: Nana, tak payah la balik Australia.
Me: Mana boleh Ajie, nanti doktor marah Nana tak pergi sekolah..
Pernah juga suatu pagi selepas habis menyiapkan makanan dia ke sekolah, I cooked chicken curry that day kalau tak silap. He said:
Ghazi: Nanti Nana dah balik Australia siapa nak masakkan Ajie..?
Me: Nanti ibu boleh gorengkan Ajie telur.
Ghazi: Makan telur banyak2 nanti gemuk.
Pandai pula dia berkata-kata. Ghazi..Ghazi..
Nanti Nana dah balik Australia, Ajie jaga ibu, ayah and Aisyah baik2 ye. Kalau ibu suruh tumbuk belakang, tolong.. Pagi2 siap sendiri tak payah tunggu ibu cakap banyak kali tau. Kesian ibu. Ajie kan dah besar. Lepas tu, petang2 main basikal baik2, bawa tepi2, jangan laju2. Ikut jadual yang Nana dah tuliskan dkt pintu tu tau. Kalau Ajie dah pndai buat sendiri semua, nanti Nana belikan Ajie hadiah lagi dari Australia.
Jaga semua baik2, adikku! Nana loves u.

Thursday, February 12, 2009

Ku pohon padaMu Ya Rabbi

Ya Allah,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
mengetahui segala yang terbuku di hati hambaMu ini
Ya Allah,
aku minta diberi kekuatan dengan kekuatanMu
buat diriku serta keluargaku
Kurniakan kami Ya Allah,
dengan nikmat kesihatan yang sempurna
Kurangkan Ya Allah,
beban penyakit yang menimpa kami sekeluarga
Jika Engkau hendak menguji kami,
ujilah kami dengan dugaan yang mampu kami tanggungi
Dengan kekuasaanMu Ya Allah,
aku benar-benar berharap dan memohon
Hanya kepadaMu tempat kami berserah dan memohon pertolongan........
Ameen Ya Rabbal 'Alamin

Tuesday, February 10, 2009

Air Mata..

Tatkala kita lahir menangis, orang-orang di sekeliling kita tertawa bahagia menyambut kelahiran kita ke dunia
Namun di saat kita menutup usia, orang-orang di sekeliling kita menangis pilu mengiringi pemergian kita dari dunia
Di saat itu....,
Apakah kita juga turut menangis atau tertawa bahagia kerana akan berjumpa dengan Allah SWT..?
Adakah amal kita lebih banyak dari dosa yang kita lakukan selama meniti usia di bumiNya ini..?
Adakah prestasi kita hanya lahir, hidup, mati dan kemudian dilupakan orang, bahkan oleh orang-orang yang dekat dengan kita..?
Lalu selepas itu pasrah, rebah di bantalan tanah dan cemas menanti pengadilan akhir yang pasti tiba..

"Semoga Allah SWT menjadikan air mata
yang jatuh dari sudut-sudut mata kita
adalah air mata yang berharga
dipandanganNya.."
Sumber: iluvislam.com