Bismillahhirrahmanirraheem
Our beloved atuk ayah, Haji Abd Samad bin Mahmood baru sahaja menghembuskan nafasnya yg terakhir malam semalam (12/10/2011). Moga ruh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, AMEEN
..Al Fatihah..
"Atuk ayah...
Tak sempat Nadiah nak tgk wajah atuk buat kali terakhir sebelum atuk dikebumikan. Kali terakhir Nadiah dapat berbual-bual dengan atuk ialah pada minggu lepas, pada hari Jumaat, 7/10/11 jam 9:35pm Melbourne. Sebenarnya Nadiah rasa serba salah lepas telefon atuk Jumaat lepas sebab Nadiah rasa Nadiah buat atuk sedih pada masa tu. Suara atuk perlahan, seolah-olah sedikit teresak dan Nadiah mcm terdengar tangisan atuk. Tapi Nadiah terus bagi atuk semangat dan berjanji untuk terus panjatkan doa untuk atuk. Nadiah pun ada cakap yg kita akan jumpa pada bulan 12 ni masa Nadiah pulang ke Malaysia....
Atuk ayah..
Ibu selalu cerita kat Nadiah, masa Nadiah kecil2 (sekolah rendah) dulu Nadiah selalu teman atuk berbual. Nadiah masih ingat lagi Nadiah suka tanya atuk ttg koleksi-koleksi buku atuk, atuk selalu tunjuk gambar2 persatuan sejarah, atuk tunjuk koleksi-koleksi gambar pokok2 atuk
sekeliling rumah, atuk buat 'magic' dengan kitorg sebelum tidur guna torchlight, baling2 gelas dan mcm2 lagi. Atuk pun selalu bawa ktorg pusing2 kampng istana pegang bendera Malaysia & bendera Johor. Nadiah ingat lagi gambar kita sama2 kat bawah pokok pelam. Masa tu Nadiah kecil lagi.. iA nanti balik Malaysia Nadiah akan cari balik gambar tu.
Atuk ayah..
Nanti bila Nadiah balik Malaysia mesti Nadiah rasa sayu sebab atuk dah tak ada kat rumah di kampung istana tu. Atuk selalu datang melawat Nadiah kat rumah dan bawa macam2 makanan untuk Nadiah setiap kali Nadiah balik...
Atuk ayah..
Tak sempat atuk nak tengok Nadiah graduate dan genggam segulung ijazah. Walau apa pun, Nadiah sgt berharap atuk tahu bahawa atuk ialah salah seorang important person behind all of this. Ibu & ayah pernah beritahu Nadiah yg mereka rancang nak bawa atuk sekali masa majlis graduasi Nadiah tahun depan. Tapi semuanya kini tinggal kenangan.... Insha Allah bila Nadiah dah balik Malaysia nanti, Nadiah akan pergi ziarah kubur atuk di Batu Pahat. Moga ruh atuk sentiasa tenang dan dikurniakan rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa, AMEEN..
Terima kasih atuk ayah... untuk segalanya" :'(
Moga ibu, ayah dan seluruh ahli keluarga di Malaysia juga tabah menerima ujian ini.
"Atuk.... moga kita bertemu lagi di Jannah Allah, ameen"
Ibu sent me this photo last night.. :') Thank you ibu..
2 comments:
Dear Nadiah,
We miss Atuk Ayah, too... He is so special in his own way... The line of vehicles parked along Jln Cempaka from the foothill to the bus-stop this morning tells it all... Insyaallah, the calmness on his face and his smile reflects a happy ending to his life... May ALLAH bless his soul, Amin...
Ameen ameen ameen.
Dear ibu, be strong ok. I'm always here if you need me. Mari kita sama2 terus panjatkan doa utk arwah. Sesungguhnya doa anak yg soleh utk kedua-dua ibu bapanya boleh menjadi bekal ke Jannah Allah yg hakiki..
Surely, atuk ayah's presence will be missed by everyone. He is such a special person. May Allah bless him always, ameen.
Post a Comment