Monday, January 5, 2009

Sebuah karya: Aku, Israel dan Batu..

Kereta kebal kotor berkarat
Sedang aku bersenjatakan batu
Dia mengacukan machine gun
Aku mencebik benci

Dia kaget sendiri
Aku senyum menyindir
Di sangka aku takut
Rupanya engkau yang menggigil

Engkau memang bacul
Satu lawan satu
Aku pasti engkau kan cabut
Nasibmu baik
Kerna engkau berkereta besi
Tapi esok belum tentu
Batu tidak mampu
Kalahkan senjatamu
Itu logis kepercayaanmu
Jangan engkau lupa
Si Abrahah
Mati kerna batu

Keluarlah segera
Dari tanahairku
Sebelum engkau
Ditertawakan dunia
Andai nanti
kerna batu
Engkau binasa


Apakah usaha kita selama ini demi saudara-saudara kita di sana? Selemah-lemahnya, mari kita sama-sama memboikot barangan Israel..
Wahai saudaraku, di manakah kita di saat saudara-saudara kita menderita..?Doa kita buat saudara-saudara kita di Gaza, semoga Allah tabahkan hati-hati mereka, sesungguhnya janji Allah itu PASTI..mereka akan diusir dari negara itu sama seperti datuk nenek mereka diusir keluar satu ketika dahulu..

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-A'raf : 167)

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Janji Allah itu PASTI..Peristiwa ini akan berlaku dan segala pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya akan tamat selama-lamanya..




No comments: