Wednesday, November 12, 2008

Al-Munthalaq..perkongsian bersama

Sedikit perkongsian drp program malam semalam di city:)

Apa yg kami bincangkan adalah apa yang terkandung di dalam buku tulisan Muhammad Ar-Rasheed atau dikenali juga sebagai Abu Amar.

Al-Munthalaq - Langkah bermula..

Dalam bukunya, apa yang ditekankan adalah mengenai sejarah Islam dan bagaiman Islam berkembang, pengetahuan mengenai realiti umat masa kini dan bagaimana cara untuk para du'ah meghadapi realiti ini dan berusaha menanganinya.

Bab 1 - Kita Menolak 'al-hawa'

Apa itu 'al-hawa'? Al-hawa bolehlah diertikan sebagai segala perkara yang mengikut nafsu dan segala apa yang bukan Islam. "Jauhkanlah dirimu dari sebarang hawa yang bukan bernama Islam." Kadang-kadang, realiti kehidupan pada masa kini, banyak menggunakan perkataan-perkataan yang indah dan baik untuk cuba menutup dan menyembunyikan niat yang salah. Sebagai contoh, konsert2 amal. Cuba kita berfikir sejenak, konsert? Adakah ianya boleh dalam Islam? Mungkin ada di antara kita yang berfikir dua kali, "tapi...ini konsert amal?" hmm..inilah serangan fikiran yang kita kadangkala tidak sedar bahawa akal kita sebenarnya masih dijajah.
Will be continued in the future..iA :)

Thursday, October 23, 2008

Meraih kekuatan dalam diri..

Bismillahir rahmaniraheem

Ya Allah Ya Tuhanku..
Kau berilah kami kekuatan Ya Allah, dalam menempuh segala ujian dariMu..

Kau berikanlah kesihatan yang sepenuhnya buat ibuku, di mana jua dia berada..
Serta kepada seluruh ahli keluargaku..
Sesungguhnya aku sgt merindui mereka Ya Allah..

Kau berikanlah juga diri ini kekuatan utk terus menghadapi segalanya..
Peperiksaan yg bakal menjelang tiba..

Semoga segala yg berlaku ini mendidik diriku untuk menjadi seorang insan yang lebih TABAH dan SABAR..

Ameen Ya Rabbal 'Alamin

Wednesday, October 22, 2008

Counting days..

Currently tgh sibuk study for my coming exam..semoga Allah SWT merahmati dan mempermudahkan segalanya buat diriku serta rakan2 seperjuangan sekalian..
ameen..ikhlaskan hati, niatkan hanya keranaNya..

dan ketenangan hati juga diharapkan..hnya dengan mengingati Allah SWT..
"Those who believe, and whose hearts find their rest in the remembrance of Allah--for, verily, in the remembrance of Allah hearts do find their rest." [13:28]

'hanya dengan Allah, hatimu akan menjadi tenang
dengan mengingat Allah, hilanglah semua kegelisahan
cukuplah hanya Allah, hati bergantung berserah diri..'
Usaha + tawakal + doa..gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya..ujian itu mendidik kita untuk berdiri lebih teguh..kuatlah wahai diri!

deep inside, im counting days ayah and ibu nk dtg..hooray! it makes me feel HAPPY!
18 November 2008
semoga Allah SWT mempertemukan kita..ameen..

Friday, October 17, 2008

..Sekitar Aidilfitri 1429H di Aussie


Quranic circle family..tp Kak Anis was not with us :(













First year Meddies of Monash Uni..di pagi raya @ West carpark..selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri..










Di malam raya, main bunga api!












Bersama ukhti tersayang..Kak Ncbact ;p


Monday, August 25, 2008

Sebagai renungan bersama..

"bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tak tahu, deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..."

"Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkanNya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberi petunjuk kepadanya." (18:17)

Sunday, August 10, 2008

Satu Penerbangan ke Destinasi Abadi

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara
Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith,
Di mana penerbangan bukannya melalui MAS, Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah,
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian & RAHMAT Pencipta kita,
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton,
Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana,
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam yang kita sayangi,
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'La ilaha illAllah, Muhammad Rasulullah',
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail yang tekun mengerjakan tugas.
Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonmi, sekadar kain yang diwangikan,
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan,
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6x7 kaki dalam gelap yang buta,
Di mana pegawai imigresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan,
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan untuk menyekat pemergian,
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh,
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam,
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..
Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang
Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan kerna pada waktu ini juga telah hilangnya selera anda utk segala yg ada di dunia,
Tidak perlui memikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,
anda telah hilang selera bersuka-ria,
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya..
Ooh ya~ Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibumu,

Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguh (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya..Dan Allah Maha MEngetahui apa yang kamu kerjakan"(al Munaafiqun 63 :11)


Moga Allah pelihara..

*tazkirah dr Kak Kery..peringatan utk diriku dan jua dirimu..

Friday, August 8, 2008

Bairnsdale in memories (rural placement)



On the train- 3hours journey

East Gippsland Clinical School

Cantik kn? View from our apartment.

First suturing.

Marnie's birthday


With Farah and Mai

Bairnsdale team.