Apa yg kami bincangkan adalah apa yang terkandung di dalam buku tulisan Muhammad Ar-Rasheed atau dikenali juga sebagai Abu Amar.
Al-Munthalaq - Langkah bermula..
Dalam bukunya, apa yang ditekankan adalah mengenai sejarah Islam dan bagaiman Islam berkembang, pengetahuan mengenai realiti umat masa kini dan bagaimana cara untuk para du'ah meghadapi realiti ini dan berusaha menanganinya.
Bab 1 - Kita Menolak 'al-hawa'
Apa itu 'al-hawa'? Al-hawa bolehlah diertikan sebagai segala perkara yang mengikut nafsu dan segala apa yang bukan Islam. "Jauhkanlah dirimu dari sebarang hawa yang bukan bernama Islam." Kadang-kadang, realiti kehidupan pada masa kini, banyak menggunakan perkataan-perkataan yang indah dan baik untuk cuba menutup dan menyembunyikan niat yang salah. Sebagai contoh, konsert2 amal. Cuba kita berfikir sejenak, konsert? Adakah ianya boleh dalam Islam? Mungkin ada di antara kita yang berfikir dua kali, "tapi...ini konsert amal?" hmm..inilah serangan fikiran yang kita kadangkala tidak sedar bahawa akal kita sebenarnya masih dijajah.
Will be continued in the future..iA :)
No comments:
Post a Comment