Thursday, July 10, 2008

Ihtifal 2008

10 July 2008

Venue: ICV, city of Melbourne

Antara aktiviti2 yang dipertandingkan adalah
tilawah Al-Quran, syarahan nama2 Allah SWT, bercerita kisah nabi2 atau para sahabat, hafazan juzuk 29 dan 30, quiz serta nasyid.

Akhawat Clayton tmpil serta biru hrtu.. :)

Pertandingan dimulakan dengan tilawah Al-Quran dan diakhiri dengan quiz. Seronok melihat akhawat2 bersungguh2 berusaha utk menampilkan persembahan yang terbaik..

Akhawat2 Brisbane memenangi banyak kategori kali ini.. Mantap sungguh..

Ihtifal 2008 tamat lebih kurang pada jam 7 mlm.. Kmi pulang dgn penuh kesyukuran.. Alhmdulillah, ihtifal kali ini yang bertemakan 'Fastabiqul Khairat' (berlumba2 untuk melakukan kebaikan) berakhir dengan jayanya..

Sebelum balik, kami sempat bergambar dan memenuhkan perut dengan hamper buah-buahan. hehe.. And dalam perjalanan pulang ke Clayton, singgah dl ke Es Teler city utk dinner.. sedap..

Tuesday, July 8, 2008

Winter Gathering


"WE GATHER.WE UNITE"


07-08 July 2008 (07-08/07/08)

Cantik tarikh ni. :)
Alhamdulillah, event kemucak winter ni which is winter gathering terlaksana dengan jayanya, syukur.. Bertempat di Campaspe Downs, Kyneton Victoria, kami bermalam selama 1 malam.
Pengisian-pengisian yang diberikan:

Slot 1: Survival Melayu
Slot 2: Ghazwah Al Fikr (serangan pemikiran)
Slot 3: Pembinaan Pemuda
Slot 4: Ke arah mana kita menyeru manusia?


Ada juga sedikit tazkirah yang diberikan oleh akk2, mengenai 10 ciri individu muslim. Games juga tak kurang menariknya. Slot games: game ta'aruf dan titian silaturrahim. :)
Byk feedback yg ajk dpt frm games ni. Outdoor games (flying fox) terpkasa di cancel sbb cuaca yang kurang mengizinkan, n pkcik David ckp nnt slippery, takut mengundang bahaya. Tapi, alhamdulillah, para akhawat semua gembira dan berpuas hati dgn games yg dianjurkan.

Aktiviti terakhir sebelum semua akhawat pulang ke destinasi masing2, salam wida' (selamat tinggal) diadakan. Terasa sayu hati apabila bersalaman dengan semua akhawat. Insha Allah, semoga Allah mempertemukan kita sekali lagi di events yang akan datang.

Drp winter gathering ini, apa yang saya dapat ialah keluhuran ikatan ukhuwah yang tersemai sesama akhawat yang sngat kuat: saling menyayangi antara satu sama lain. Ikatan yang mengikat kita semua ialah ikatan aqidah. Dan semoga Allah SWT akan membantu kita untuk terus tunduk dan patuh pada-Nya serta istiqamah dalam melakukan amalan2 yg mendapat keredhaan dari-Nya. Insha Allah.


Ski trip

Date: 5 July 2008
Venue: Mount Buller, Victoria


Antara games yg kami main: Skiing, snow boarding, toboggan


hehe.. kami juga sempat buat snow man. Bukan senang rupanya, even nampak mcm senang. Lebh kurang 1/2 jam juga nak siapkan en snow man ni. Akhirnya, alhamdulillah, berkat usaha kami (K Jamie, K Tg, Aishah, Izzah, Fatin Hzwani, Yaz n saya), snowman kami siap juga. Kami rs puas bila ada org nak ambil gmbar dgn snow man kami. ;)


Balik dr ski trip, ramai yg sakit2 badan sbb banyak kali jatuh. Takpe, pengalaman mengajar kita utk buat lebih baik lg di ms depan. Kan?


Looking forward for another ski trip next year, Insha Allah..

Jaulah to Sydney

27-29 June 2008

Perjalanan dimulakan pada malam hari, and journey mengambil masa lebih kurang 12jam. Para
akhawat dari Clayton, city, Ireland, Perth and Sydney seramai lebih kurang 30 orang bertolak dari Clayton dengan menaiki 1 van (Sa'udah) dan 3 buah tarago (Aisya Humaira, Safiyyah dan Mariah). Nama2 van diberi mengikut nama2 isteri Rasulullah SAW. Sangat menarik apabila setiap vakil van dikehendaki menceritakan kisah yang tersurat di sebalik nama van masing2.

Di Sydney, kami semua menetap di salah sebuah kawasan masyarakat Islam (lupa namanya). Antara tempat2 yang kami lawati di Sydney ialah:


Lakemba Mosque
Opera House
Darling Harbour

Harbour bridge
Paddy's market
Sydney Uni


Jaulah ke Sydney kali ini sangat bermanfaat. Selain jalan2 melihat alam sambil merapatkan ukhuwah, pengisian serta lakonan dr akak2 sungguh menarik. Ghazwah Al-Fikr, musuh2 Islam serta realiti ummat masa kini antara pengisian yang disampaikan oleh akk2. Jazakillah akk2. :)














"Dan barang siapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik." (17:19)








Wednesday, June 25, 2008

Jaulah to Phillip Island

25 June 2008

8.45am- Jaulah opening
9.00am- bertolak
11.00am- Singgah di San Remo-Pelican feeding
12.00pm- Chocolate factory
12.45pm- Wildlife
2.30pm- Rhyll Jetty
3.40pm- Nobbies (watch sunset)
5.00pm or sunset- Penguin Parade
9.30pm- bertolak balik

Alhamdulillah, jaulah ke Phillip Island berakhir dengan jayanya. Banyak pengalaman2 manis berlaku semasa jaulah kali ini. Let me start from the very beginning.

Baitul Makmur tempat akhawat2 berkumpul. Pagi tu, selepas sesi taaruf, kami dibahagi-bahagikan mengikut kereta, campur sesama akhawat dari Melbourne, Brisbane, Perth, Ireland and Malaysia. Kali ini, 9 buah kereta konvoi bersama2 bergerak ke Phillip Island. Saya dilantik selaku co-pilot setia K ncbact. hehe. Berat juga tanggungjwab ni, tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar, tetapi ada juga insiden2 yg mendebarkan. Kan kak ncbact? :) Ahli2 kereta kami: Kak Ncbact, Kak Lin, Aina, Suraya n sy.



Destinasi pertama kami adalah ke San Remo, sebelum menyeberang bridge ke Phillip Island. Tepat jam 12pm, ada petugas yang memberi makan pada pelican2 ni. Perjalanan diteruskan ke Chocolate Factory. Dapat juga 1 coklat free!



Setelah selesai membeli2 coklat, kami terus ke wildlife. Pada saya, di sinilah aktiviti kemuncaknya! Berjumpa dengan cik2 kangaroo, wombat, wallabies, koala. Kami diberi sebungkus makanan utk feed haiwan2 ini. Masuk2 wildlife ni, kami jumpa dengan cik wallabies, and kami pun memberinya makan sampai dia kenyang. Bayangkan, 5org bg feed dia sorg. Hehe. Wallabies sy okay lg, sbb dia kecil. Then, K Lina, K Ash, Along, K Ncbact n sy masuk ke kwsn kangaroo. Bermulalah adegan2 yang lucu. Ada org terjerit sbb terperanjat. Hehe. Mcm2 gelagat akhawat memberi makan kangaroo. Pengalaman yang tak dpt dilupakan, sy dikejar cik kangaroo! Berdebar-bedar, dah lari ke kiri kanan, dia tetap kejar. K Ncbact ckp, "Campak makanan tu!", terus sy campak. Kangaroo yg nmpk garang tu pun mkn smpai kertas bungkusan tu pun habis ditelannya. huhu.. Semua org gelak. Terus habis sy punya bungkusan makanan dek kangaroo yang garang ni. Nasib baik tak ada org sempat tangkap gambr smasa dikejar kangaroo. Malu je. Kat luar ada sign, "Do not chase the animal." tapi sebaliknya berlaku, kangaroo chase sy! Dalam kereta K Ainun ckp kt sy, "Td Radin kena kejar kangaroo ye?".. merah muka sy malu, rupanya ramai juga akhawat yg dpt saksikan adegan kejar mengejar antara sy dan cik kangaroo.. ;)





Selepas itu, kami singgah ke Rhyll Jetty utk lunch dan solat jama' tak'hir Zuhur dan Asar. Sedikit pengisian rohani diberikan oleh K Ainun, Surah 'Abasa. Dan seterusnya kami bergerak ke Nobbies utk menghayati sunset yg indah dan ditemani oleh angin yg bertiup kencang! Dan destinasi terakhir di Phillip Island adalah ke Penguin Parade. Beberapa akhawat yang pernah sampai ke penguin parade sblm ni tidak masuk disebabkan entrance fee yg agk mahal, termasuk sy. Jadi kami pun duduk di luar dan menunaikan solat jama' taq'dim Maghrib dan Isyak. Sambil menunggu, kami berbincang sedikit mengenai jaulah kali ini. Sesudah para akhawat menyaksikan penguin parade, kami semua pulang dgn prsn gembira. Dlm perjalanan pulang, K Lin ada berkongsi kisah Ummu Habibah, salah seorg isteri Rasulullah. Penumpang2 kereta pun memberi pengajaran setiap sorg termasuklah driver nya. :)



Perjalanan pulang rasa sekejap. Tetapi para akhawat kereta kami nmpk keletihan. K Lin, Aina dan Suraya tertidur dengan lenanya sambil kami teruskan perjalanan pulang ke Clayton. Sy menemani K Ncbact berbual smpailah ke Clayton, takut2 driver mengantuk even mata sy pun dah berat. Nasib baik akk pun layan saya bercakap tak henti. :) Mcm2 cerita keluar. Sampailah satu adengan yg mencemaskan berlaku. ohh.. Alhmdulillah, semuanya okay. Kesian para akhawat di blkg terjaga dr tidur sbb emergency brake. Mkcik tu teragak2 nk keluar simpang sedang kami sdg laju, dan dia keluar juga akhirnya.

Dlm jam 10pm, kami pun tiba di Clayton. Singgah di rumah KJaa utk acara penutup jaulah.

Alhamdulillah, jaulah ke Phillip Island bersama akhawat2 interstate berjalan lancar. Jazakillah buat semua. Pengalaman jaulah kali ni sangat menarik dan byk pengalaman2 manis. Dan semoga hubungan persaudaraan sesama kita terus terjalin erat. Ukhuwah Fillah. :)






Camp di Wilsons Prom

Melihat alam...sambil merapatkan ukhuwah
21June - 22June 2008
Setelah bermujahadah menghadapi final semester exam, tibalah masa untuk kami meluangkan masa untuk beriadah. Exam di Monash Racecourse habis dalam pukul 6.40pm dan terus ke Baitul Makmur (rumah KJaa) utk sbb ada post exam dinner! hehe.. Sambil tu, dapat la menyambut akhawat2 dr city yg smpai pada malam tu untuk turut serta dalam muqayam di Wilson Prom esok harinya. Mlm tu ada la sedikit pengisian dr K Masdi and K Elly mengenai amalan2 jahiliyyah. "Sayonara Jahiliyyah!"
Pagi 21June, para akhawat pun berkumpul untuk bertolak ke Wilson Promontory National Park. Perjalanan ada dalam 2jam. Ada yang pening2, kesian. Maklumlah, semalam baru habis exam, hari ni pagi2 dah start journey jauh. hehe..
Aktiviti hari pertama, para akhawat mendirikan khemah masing2. Setelah diberikan kumpulan, 4/5 org dlm satu kumpulan, kami pun bertungkus lumus dirikan khemah. Hari nk gelap, tapi sempat lagi para akhawat tersenyum mengambil gambar sambil mendirikan khemah.
My group members: KAsh, KHani, KMira, KAkmar, saya! :)
Malam tu selepas dinner dlm hujan, huhu.. aktiviti diteruskan dengan menguli roti.. Mcm2 gelagat akhawat menguli roti. Kumpulan kami diarahkan utk menguli di dlm van yg lampunya rosak. Dugaan! Terpaksalah berbekalkan lantern besar. Tapi, seronok! Sambil menguli, aktiviti taaruf diteruskan. Banyak cerita yg keluar: pernah terpijak ank ayam sampai anak ayam tu mati n terkeluar isinya la (anonymous, hehe), sedih.. ada yang berpengalaman jadi cikgu kt sekolah, cerita pengalaman2 camp n jaulah.. Habis menguli, sempat juga kami jenguk kumpulan2 lain yg masih sibuk menguli, kreatif diorg nih. Ada yg uli bentuk hidung, budak2 medic uli bentuk jantung, brain, kidney.. macam2.. :)

Malam tu kami hirasah (berkawal malam). Kumpulan kami bernasib baik, berkawal paling awal, pukul 10-11pm, org semua pun belum tidur, jadi ktorg pun duduklah dlm van sambil ditemani heater n lagu2. Susunan dalam khemah, disebabkan kami berlima, kami tidur statik. hehe.

Pagi esoknya, kami bergerak ke pantai utk baca mathurat. Aktiviti diteruskan dengan senamrobik, tapi half way je sbb ada mat salleh tengok dr jauh. malu la. selepas penat bersenam, kami bergerak ke Tider Lookout. Penat kami mendaki.. Apabila smpai ke puncak tu, Subhanallah... Permandangan sangat cantik.. Nmpk pulau2 di tengah2 lautan yang luas, laut yg membiru, lngit yg luas.


"Ya Allah. Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka jauhkanlah kami dari azab api neraka."

Selepas puas menghayati ciptaan Allah, kami pun bergerak turun dari bukit, and game 'decide which now do no delay'. Dalam game ini, kami diarahkan untuk pergi ke setiap station di mana di setiap station, kami mempunyai pelbagai tugasan yang perlu dilaksanakan. Antaranya, bernasyid, hafazan surah Al-Buruuj, menyiapkan CV, ukhuwah sesama muslim, kasih sayang pada ibu bapa. Tetapi, belum sempat singgah ke semua station, lagu "Last Breath" pun dimainkan menandakan tamatnya game tersebut. Antara message dr game tersebut ialah, dlm hidup, kita mempunyai banyak pilihan, jadi pilihnya path yang terbaik, and do it now, dont delay.

Selepas itu, kami pun bergerak pulang ke khemah utk berkemas pulang. Dalam perjalanan pulang, terserempaklah dengan cik kangaroo dan cik wombat. :) First time jumpa cik2 ni setelah 5bulan smpai di bumi Aussie ni.

Selepas menunaikan solat jama' ta'khir Zuhur dan Asar, kami pun bergerak pulang dengan hati yg penuh kesyukuran atas segala nikmat yang kami ada sekarang. Semasa bercamping, akk2 ada juga cerita mengenai kesusahan rakyat2 palestin yg terpaksa tidur di kem2 tahanan. Seperti yg kami rasai, tidur dlm kesejukan, hujan, ribut.. Tapi kami masih lagi bernasib baik kerana sleeping bag yang tebal setia menjadi teman. Bayangkan rakyat2 palestin yang tiada bekalan selimut pada musim sejuk, terpaksa menahan sejuk yang rasanya hingga menusuk ke tulang. Fikir-fikirkan..

Sunday, June 22, 2008

Happy birthday Shue

14 June: Birthday Shuhada (my housemate)

"Anak tengah bulan dan tengah tahun."

Hari tu, even semua org sibuk nak prepare for our final semester exam, ktorg still celebrate birthday Shue.


Mula-mula, destinasi pertama ialah ke Office Works, Dandenong sbb Iman nak beli laptop utk akk nya di Malaysia, tapi tak jadi. Kesian Iman. Lepas tu, kami bergerak ke Kabul Pizza, Dandenong. Order 2 large pizza and hot chips. Seronok mkn pizza masa2 nk exam. hehe. Later on, balik tu ktorg beli cake di Cheesecake house and fancy candles, 18 + 1. Kelakar, even tak ada 19, nak juga beli. So, ktorang pun belilah 2 candles, 18 and 1.


Malam tu pun, lepas potong kek, akk2 pun dtg, K Jaa, K Ash, K Lina, K Izyan, K Nik and Hanan. Tapi, Shue, Ida and Yaz keluar jalan2. Akk2 dtg dengan kek dan mknn2. Iman pun potong la kek tu on behalf of Shue. Terasa mcm celebrate birthday ktorg pula. Hehe.



"Semoga dengan pertambahan umur ini, ianya meningatkan kita semua kepada amalan2 kita yang lepas, adakah ianya sudah cukup untuk kita mendapat syafaat pada hari akhirat kelak?" renung-renungkan..